Kesan inflasi Inflasi

Peningkatan tingkat umum harga membayangkan penurunan dalam kuasa beli mata wang. Apabila tingkat umum harga meningkat, setiap unit wang untuk membeli barangan dan perkhidmatan berkurangan. Kesan inflasi tidak diagihkan secara sama rata dalam ekonomi, dan akibatnya terdapat kesan negatif untuk sesetengah orang dan kesan positif kepada sesetengan orang lain akibat daripada penurunan dalam kuasa beli wang. Sebagai contoh, dengan inflasi, orang yang memiliki aset fizikal, seperti hartanah, saham dan lain-lain, mendapat manfaat daripada peningkatan harga/nilai pegangan mereka, apabila orang lain berusaha untuk memperoleh atau membeli aset itu daripada mereka. Keupayaan mereka untuk berbuat demikian akan bergantung pada sejauh mana pendapatan mereka adalah tetap. Sebagai contoh, peningkatan dalam upah kepada pekerja dan pesara sering ketinggalan daripada kadar inflasi, dan bagi sesetengah orang pendapatan adalah tetap. Individu atau institusi yang mempunyai aset tunai akan mengalami penurunan dalam kuasa beli tunai. Peningkatan dalam tingkat harga (inflasi) menghakis nilai sebenar wang (mata wang fungsian) dan item yang lain-lain yang mempunyai nilai monetari.

Kesan positif

Penyesuaian dalam pasaran buruhUpah nominal biasanya tidak atau sukar untuk disesuaikan agar menurun atau berkurangan. Ini boleh membawa pada ketakseimbangan yang berpanjangan dan pengangguran yang tinggi dalam pasaran buruh. Oleh kerana inflasi membolehkan gaji sebenar jatuh walaupun upah nominal terus kekal, inflasi yang sederhana membolehkan pasaran buruh untuk mencapai keseimbangan yang lebih cepat.[7]Ruang untuk membuat penyesuaian dasar monetariAlat utama untuk mengawal bekalan wang adalah keupayaan untuk menetapkan kadar diskaun iaitu kadar pinjaman daripada bank pusat, dan operasi pasaran terbuka, apabila bank pusat campur tangan dalam pasaran bon dengan tujuan untuk mempengaruhi kadar faedah nominal. Jika sesuatu ekonomi berada dalam kemelesetan dengan kadar faedah nominal yang rendah, atau sifar, maka bank tidak boleh mengurangkan kadar ini lagi (kerana kadar faedah nominal negatif adalah mustahil) untuk merangsang ekonomi - keadaan ini dikenali sebagai perangkap kecairan.Kesan Mundell–TobinPenerima Hadiah Nobel Robert Mundell berkata inflasi yang sederhana akan mendorong penyimpan untuk menggantikan pinjaman kepada menyimpan wang sebagai satu cara untuk membiayai perbelanjaan masa depan. Penggantian ini akan menyebabkan kadar faedah sebenar jatuh. Kadar sebenar yang lebih rendah akan mendorong lebih banyak pinjaman dibuat untuk membiayai pelaburan. Dalam nada yang sama, pemenang Nobel James Tobin berkata inflasi akan menyebabkan perniagaan menggantikan pelaburan dalam modal fizikal (loji, kelengkapan, dan inventori) untuk baki wang dalam portfolio aset mereka. Penggantian bermakna memilih membuat pelaburan dengan kadar pulangan sebenar yang lebih rendah. (Kadar pulangan adalah lebih rendah kerana pelaburan dengan kadar pulangan yang lebih tinggi telah pun dibuat sebelum ini.) Kedua-dua kesan yang berkaitan ini dikenali sebagai kesan Mundell-Tobin. Melainkan jika ekonomi sudah terlebih mengalami pelaburan berdasarkan model-model teori pertumbuhan ekonomi, pelaburan tambahan akibat daripada kesan ini akan dilihat sebagai positif.Ketakstabilan deflasiAhli ekonomi SC Tsiang memerhatikan bahawa apabila deflasi yang ketara dijangka berlaku, dua kesan penting akan hadir; kedua-dua hasil daripada pemegangan wang menggantikan pinjaman sebagai cara untuk menyimpan. Kesan pertama adalah kejatuhan harga secara berterusan yang menyebabkan insentif tidak berbelanja menyebabkan ketidakstabilan yang disebabkan oleh ketakutan yang semakin meningkat. Sementara wang yang tidak dibelanjakan meningkat dari segi nilai, nilai itu berisiko, kerana orang ramai menyedari bahawa apabila wang itu mula dibelanjakan untuk barangan sebenar dan aset, ia akan menyebabkan harga naik. Oleh itu, rejim deflasi jangka panjang berkemungkinan akan diganggu oleh inflasi berkala dan gangguan ekonomi yang timbut. Inflasi yang sederhana dan stabil akan mengelakkan apa-apa ketakstabilan dalam pergerakan harga.